Tips dan senarai keperluan untuk dibawa pergi Haji/Umrah - HAJJRAH- Haji & Umrah

Breaking

Facebook

test banner

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Tuesday, January 30, 2018

Tips dan senarai keperluan untuk dibawa pergi Haji/Umrah

Assalamualaikum W.B.T. & Selamat Pagi Sahabat Zara Awliya.

Sekali lagi, kami ‘share’ untuk anda mengenai tips dan senarai Barang-Barang Yang Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah – seperti diperturunkan oleh seorang hajjah.


Beg Plastik
Bawa beg plastik – Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

Serbuk Pencuci
Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah ‘hard water/treated water’ (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.

Hangers – bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.

Penyangkut Baju
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air

Penyangkut Berpelekat
Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.

Jubah
Carilah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, dengan poket yang agak dalam dan berzip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket. (Boleh didapati di Butik Zara Awliya)
Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.
Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt ) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.

Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

Wudhuk Spray
Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air. (Boleh didapati di Butik Zara Awliya). Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.

Cermin Muka Kecil
Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.

Mug dengan penutup / Bekas Air Travel – inflatable bottle
Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain.

Moisturiser/lip balm
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)

Heel Balm
Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.

Sunglasses
Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.

Bantal Kecil (Cushion)
Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah.

Snek
Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas perut apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke Mekah/Madinah. Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.

Lauk sampingan
Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya ikan kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah di rebus. Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam plastik. Ini untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil plastik lauk yang kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami sekiranya jemaah lelaki dan wanita makan berasingan.BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang disediakan oleh pihak muassasah.

Tuala Kecil
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.

Buku Sembahyang Sunat
Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh – sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi. (Dapatkan buku-buku panduan Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal, boleh digantung dileher dan mudah untuk digunakan untuk tawaf dan saie)

Kasut (tanda nama – initials)
Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar – utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)

Selipar Jepun (tanda nama – initials)
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air. –
Bilik Air Mina/Arafah
Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air. Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.

Selipar ke masjid
Beli yang murah sahaja dari Fitrah Al Hajj. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama – initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

Payung Lipat
Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena hujan.

Disposable Panties – Lelaki/Wanita
Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik.

Panty Liner/Facial Cotton
Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.

Uncang untuk melontar
Buat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar.

Surah Yassin
Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .

Sejadah
MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang di luar masjid. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

Sejadah kecil
Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba’, Masjid Qiblatan dan juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil. (Boleh didapati di Butik Zara Awliya)

Batik Lepas
Bawa sehelai untuk ‘apa-apa’ kecemasan…

Buku Nota/Kalender
Bawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam. Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan ‘countdown’ untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini pesanan keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa diluar khemah), kirim salam semasa di makam
Nabi di Madinah dan lain-lain.

Business Card
Bawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga buat personalized card beralamat rumah, email dll.

Tag Nama utk Bagasi
Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No. KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-beg (yang mungkin akan ‘beranak’ di sana nanti) semasa balik ke Msia nanti.

Toiletry
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain
dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding dengan yang di jual di Mekah/Madinah.

Bekas untuk buah tangan dari Mekah
Sebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma dan air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi delegate seorang (anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut. Jadi apabila tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada mereka.

Kasut untuk melontar
Beli kasut kain hitam yang murah untuk dipakai semasa melontar.
JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)

Beg Sandang
Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:
a) Buku sembahyang sunat
b) Tasbih
c) Spray Air (size kecil) – untuk ambil air wuduk
d) Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk
d) Uncang Selipar – untuk simpan selipar
e) Kad Kesihatan – untuk kecemasan
f) Kad Pengenalan TH – untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
g) Kad Address Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Responsive Ads Here